sesuai dengan tajuk di atas,
hari ni aku akan bercakap tentang betapa tak kayanya aku
untuk penegetahuan yg membaca blog ni,
kereta bmw yang aku pakai sekarang hanyalah kereta pinjam semata-mata
tuan punya kereta telah membenarkan aku meminjam kereta tersebut
tanpa sebarang syarat.
segala kerosakan dan pembaikpulihan kereta telah ditanggung sepenuhnya oleh tuan punya kereta.
aku hanya menambah duit bila perlu dan kerosakan tu urgent.
walaupun nama kereta tersebut tealh didaftarkan di atas nama aku,namun aku hanyalah pemandu tumpang sahaja.
ini adalah fakta pertama untuk membuktikan aku bukan anak orang kaya.
aku memang suka shopping.
perangai buruk ini telah aku pelajari semasa belajar di pulau pinang.
ketika itu,aku berkawan dengan ramai anak orang kaya.
mereka ini memang rajin shopping.
xkirala window shopping atau shopping betul-betul,
setiap kali ada kelapangan masa,mesti pegi me-round shopping complex dan beli la benda ntah hapa-hapa yg harganya agak mahal juga.
maka aku,seorang anak orang miskin,hanya mampu mengekor sahaja.
bila elaun masuk,baru la aku rasa setaraf dengan kawan-kawan aku,lalu aku pun turut shopping sama.
aku seringkali dimarahi oleh bapakku kerana cepat perabiskan duit yang diberi.aku hanya diberi rm50 untuk tempoh 5 hari.mana lagi nak mengisi minyak kereta(xada duit tapi ada hati nak pakai kereta) dan mana lagi nak mengikut nafsu nak makan itu dan ini,maka setiap kali cukup 5 hari, aku akan telefon bapakku dan meminta duit lagi.
setiap kali cuti semester,aku akan bekerja part time kerana dengan menggunakan duit itulah aku dapat beli baju baru,spenda baru dan gantikan baju dalam lama yang dah kendur2 talinya.dapat jugak aku tengok wayang,pegi makan kfc dan topup hanset.
kalau aku anak orang kaya,dah tentunya aku goyang kaki di rumah dan mintak je dengan bapakku duit untuk beli baju baru.
tapi sejak aku belajar di maktab,bapakku tidak lagi memberi aku apa2 duit untuk membeli baju baru (kecuali bila dia dapat payment besar).bapakku menganggap aku mempunyai banyak duit untuk membeli apa2 yang aku mahu.
jadi,kerana aku bukan anak orang kaya,maka aku kerja di waktu cuti supaya dapat beli baju baru.
aku bernasib baik kerana selepas habis spm,terus dapat masuk maktab perguruan.selepas berhempas pulas buat assignment dan presentation yang aku rasa dah beratus kali aku buat dengan cemerlangnya,maka aku pun tamat belajar dan kini kerja jadik cikgu.
bukanlah profession pilihan,tapi sebab aku bukan anak orang kaya,maka aku terpaksala kerja je apa yang ada di depan mata.
kalau aku anak orang kaya,aku boleh pilih nak kerja apa,dekat mana dan gaji berapa.
tapi aku bukan anak orang kaya.
aku terpaksa berkerja menjadi guru di sebuah sekolah di kelantan.
aku tidak ada apa2 masalah dengan negeri kelantan,aku cuma tidak suka berada di situ.
aku terpaksa menghadap budak2 sekolah dan guru2nya yang ada yang aku suka,ada yang kalau dia xada pun aku peduli apa.
berlakon seperti semuanya best memang memenatkan.
aku harap aku anak orang kaya supaya aku boleh mintak bapakku beli sekolah tu dan runtuhkan bangunannya.
tapi disebabkan aku bukan la kaya sangat,mengharapkan gaji yang melampau tinggi tapi xsetimpal dengan kerja,aku kerja la jugak.
setiap hari makan gaji buta,buat kerja xada lansung keikhlasan dalam hati.
aku kerja sebab ujung bulan dapat duit,boleh pegi shopping lagi.
di sini,ingin aku nyatakan betapa aku membenci kerja yang terpaksa aku lakukan sekarang.
dah la semasa belajar pun bodoh,dah bekerja aku rasa aku jadi lagi bodoh.
setiap hari tersengih macam kerang busuk mengharapkan orang2 di sekeliling aku tidak sedar yang aku sebenarnya sedang menghitung hari untuk balik ke ipoh.
aku kadang-kadang terasa macam nak kerja di kedai runcit,atau kfc atau kerja bagi tiket tol kerana walaupun pekerjaan itu macam susah dan boring,sekurang-kurangnya aku xlah terseksa macam ni.
setiap hari aku akan fikirkan cara untuk tidak mengajar,gamabar lukisan apa yang aku ingin beri pada budak2 supaya depa warna je gambar tu,xpayah aku mengajar susah2.
adakah aku yang malas?
adakah aku yang tak sedar diuntung?
apa guna kelulusan dan kerja yang tetap sedangkan di dalam hati xada kepuasan?
betul macam mak aku cakap.
"kalau kita ni orang kaya,kau buatlah apa yang kau suka.tapi kita ni orang susah.kerja ajelah elok2.jangan bergaduh dengan orang.sabar la banyak2"
semua mak akan cakap macam tu kalau ada anak dia yang xberhenti komplen pasal kerja.
aku ni kaki komplen ke?
aku ni xreti buat kerja ke?
agaknya la kot.
setiap hari hanya tahu komplen.dan perabiskan duit.
mungkin betul kata orang,
sedarla diri sikit.
orang lain kena panjat pokok kelapa untuk cari duit.
aku hanya perlu pegi sekolah dan pura-pura mengajar,
duit dapat juga setiap bulan.
sebab aku bukan anak orang kaya.
kena la kerja.walaupun xsuka.
kalau aku kaya,aku pun xmenaip benda ni susah2.
aku upah je orang lain taipkan.
jadi kesimpulan pada cerita ini,
aku bukan anak orang kaya.
aku bukan lahir ke dunia dan hidup senang.dapat naik bmw.
aku lahir dengan bapak aku pergi kerja naik bas.
mak aku jual nasik bungkus.
tapi aku xpernah kesah.
aku xpernah marah aku xkaya.
walaupun kadang-kadang aku komplen kenapa aku xada duit mcm orang lain,
tapi last2 aku buat xreti je.
mak aku selalu cakap,
"biar xkaya,janji cerdik,hati tu mesti baik"
aku xada duit banyak.
buku ting pun ada rm10 je.
xla cerdik sangar.
sebab setiap kali aku rasa aku macam cerdik,akan ada orang sedarkan aku yang aku ni bodoh la jugak.
hati je yang kadang-kadang baik,tapi dengan keadaan sekarang,
yang kerja pun xbuat,
mengelat setiap masa,
duit gaji xberkat,
aku pun xtahu hati aku macam mana rupa dia lagi 20 tahun.
mungkin hitam macam bangkai babi kot.
apa nak buat.
aku bukan anak orang kaya.
dah la xkaya,
xcerdik,
xrajin,
xlawa.
serba kurang semuanya.
tapi ada aku peduli?
xpun.
Mar 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment